Membesarkan Anak-anak Pintar Dalam Dunia Era Digital

11:44 AM

Pernah kita dengar pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Yer betul mama akui jika kita mendidik anak-anak seusia dari muda untuk buat sesuatu benda insyaAllah mereka akan menjadi habit dalam sesuatu kerja. Termasuklah menyimpan duit dari kecil lagi. Bukan mudah yer kita nak mendidik anak-anak tentang pengurusan kewangan ni. Ia kena mendidik mereka agar jika hendak sesuatu benda harus menyimpan dan dari situ mereka sedar bahawa bukan mudah untuk mencari duit. Biar mereka belajar erti kesusahan sebelum mereka senang kelak.


Dengan cara begini, anak-anak akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu barang haruslah dengan menyimpan duit hasil persekolahan atau duit dari pemberian semasa hari raya. Kita sebagai ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak untuk mereka merancang kewangan untuk simpanan dan menjelaskan betapa pentingnya menyimpan duit. Nampak mudah bukan tapi sebenarnya kita perlu mengajar anak-anak tentang pengurusan kewangan sejak dari usia mereka masih kecil lagi.

Bayangkan semenjak pandemik Covid-19 telah melanda negara kita, dalam masa sama ramai orang yang telah kehilangan pendapatan dengan adanya yang tidak ada simpanan kewangan. Perkara ini sangat membimbangkan jika kita tidak bersedia dari segi simpanan tersebut. Oleh itu, kita perlu menerangkan kepada anak-anak kita betapa pentingnya simpanan duit dari usia muda untuk mengelak terjadinya perkara sebegini. 


Oleh itu, marilah kita belajar pengurusan kewangan melalui HLB Pocket Connect yang disediakan oleh Hong Leong Bank. Dimana dengan Akaun Simpanan Junior 3-Dalam-1. Oh ya ini adalah akaun simpanan bersama terbuka atas nama ibu bapa dan anak-anak.  Dengan akaun ini, ibu bapa perlu memuat turun aplikasi HLB Pocket Connect ke telefon bimbit. Aplikasi Pocket Money ini adalah pertama di Malaysia untuk membantu ibu bapa membesarkana anak-anak pintar dari segi kewangan dalam era digital. 

Aplikasi HLB Pocket Connect membolehkan ibu bapa menguruskan kad debit dan wang anak-anak di dalam akaun simpanan sahaja. Aplikasi ini membolehkan anak kita "menjana" dan menggunakan wang. Contohnya "Menjana" wang boleh dilakukan dengan cara menolong ibu bapa, memperoleh markah yang baik di sekolah dan banyak lagi. Jadi setiap kali anak kita mendapat markah yang cemerlang dalam pelajaran boleh lah kita masukkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanannya sebagai ganjaran yang mereka berjaya.



Akaun Junior HLB 3-dalam-1 ini adalah satu-satunya akaun junior yang dilengkapi dengan akaun simpanan, kad debit dan akaun FD yang mempunyai faedah tinggi. Anak-anak akan diberikan sekeping kad debit dan ia lebih selamat daripada wang tunai. Wang  boleh dimasukkan secara automatik dengan percuma dari Akauan Simpanan Junior dengan gandaan RM50 hingga maksimum RM500 sebulan. 

Dengan aplikasi mudah alih ini direka untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak kita mengenai tabiat kewangan yang baik serta menyenangkan. Kita juga boleh memantau transaksi kad debit mereka secara dalam talian, menetapkan had pengeluaran, had pembelian runcit dan had muat semula secara automatik melalui Hong Leong Connect.


Bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun Simpanan Junior 3-dalam-1 Hong Leong Bank boleh memohon dan kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank dan bawa :
  1. Surat beranak anak dan MyKid
  2. MyKad / pasport ibu bapa atau penjaga yang sah
Jangan lupa dapatkan baucer Shopee bernilai RM38 apabila korang buka akaun Simpanan Junior 3-dalam-1 Hong Leong Bank di Shopee ataupun RM30 cashback via Hong Leong Bank. Bagi yang berminat dan untuk maklumat lanjut mengenai Simpanan Junior 3-dalam-1 Hong Leong Bank sila layari www.hlb.com.my/en/personal-banking/deposits/savings-account/3-in-1-junior-account.html

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook