Sushivid

Berpeluang Interview Untuk October Featured Influencer SushiVid

9:00 AM

Mama tak pernah terfikir langsung untuk bergelar diri ni seorang "influencer". Ya Allah memang rasa tak layak sebabnya susah nak menjadi orang pengaruh untuk mempengaruhi orang. Hahh gituuu.. Baik mama gelar diri mama seorang blogger saja itu sudah memadai. Bukan senang tau nak menjadi "influencer" atau "blogger" ni. Bagi mama dedua tu benda yang sangat berbeza.

Sebenarnya mama dapat email dari pihak SushiVid untuk interview October Featured Influencer pada 26 September 2017 yang lalu. Lama juga mama tak reply email tu, sampai terfikir layakkah mama kena interview? Hahaha macam-macam juga mama fikir. Website SushiVid ni bukan calang-calang sebenarnya tau. End up mama pun tak reply email dekat 10 hari. hahaha teruk betul mama..




Satu hari mama cakap kat en papa yang mama dapat interview dari SushiVid tapi mama tak reply. En papa kata naper tak reply. Reply email dan jawab jer interview tu.. Masa ni la mama boleh kembangkan blog mama tu. Yer tak ya jugak kan. Hehehe lepas en papa kata gitu baru lah mama reply email SushiVid tu.

Hmmm segan pun ada.. Yer lah mama jadi blogger ni bukan la orang kenal atau popular sangat. Tapi kena ingat kita jadi blogger ni ada yang suka ada yang tak suka dengan kita. Bukan semua orang suka dengan cara kita betul tak? Kita buat baik macam mana pun orang akan mengata kita kat belakang. Biasalah manusia kan bukan boleh tutup mulut. Kalau mulut tempayan boleh la tutup kan. Hehehe..


En papa dan blogger-blogger yang lain pesan kat mama, abaikan jer mulut-mulut orang yang suka mengata tu. Mama buat kerja blogger ni sebab minat dan mencari pendapatan dengan dunia blogging. Bukan dia orang yang bagi kita rezeki so just pekakkan telinga dan buat apa yang kita suka. Betul tak? Habis la mama kena kecam lepas ni hahahah..

Terima kasih tak terhingga kepada pihak SushiVid kerana sudi interview untuk ruangan October Featured Influencer. Semoga pihak SushiVid terus berjaya dan success selalu. Boleh la lepas ni MamaJue jadi pames amos jap hahaha tak nak la mama jadi pames, baik blog MamaJue.com dikenali sudah la. Mama ni orang tak kenal pun tak per tau.. Hahaha.. Peace yoo..

Baca interview bersama SushiVid --> https://blog.sushivid.com/interview-bersama-mama-jue

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. wah tahniah jue...bole melebarkan sayap hehe...pedulikan apa org kata...janji kita tk kaco org and kita dpt income hasil usaha kita kn..mulut org biasa la xleh nk tutup

    ReplyDelete
  2. mamaaaaaa.. please.. adore giler dengan mama.. hehehe.. betul tu.. abaikan je mulut-mulut orang k.. yang penting kita berjaya dan bahagia ^^

    ReplyDelete
  3. Tahniah kakjue!! Lepas ni mmg lagi peluang kakjue dapat. <33

    ReplyDelete
  4. wo tahniah mama..ye reply je..abaikan kata orang...orang yang cari kita..dia tau kebolehan kita

    ReplyDelete

Like us on Facebook