Event Review

Champion Tower UP Challenge Di Dreamworld Playland IOI City Mall Putrajaya

5:13 PM

Pada Sabtu lepas, sebenarnya mama takder planning nak pergi mana-mana. Memandangkan en papa ada business ice cream dengan adik dia di Shah Alam. Kemudian mama dapat jemputan dari Fraser Tan untuk join satu competition di Dreamworld Playland di IOI City Mall Putrajaya. Kebetulan mama dan kakak datang rumah so apa lagi mama ajak pergi ke sini. Heheheh.. Kira jalan anak beranak la kat IOI City Mall ni.



Memula sampai anak-anak apa lagi seronok la main playground dekat Dreamworld ni. Best kot sebab tempat aircond kan. Mama pun main slide jugak. hehehe.. dah jadi bebudak pulak kan.. Alaa bukan selalu dapat peluang macam ni. Sebelum competition bermula Qeram main dulu dengan Qayyum di sini. Kemahin seronok depa jelajah dalam playland. 

MamaTok dengan Qeram..

Qeisya pun seronok main. 

Sebelum competition Tower Up Challenge bermula, mama dengan Qeram mencuba dulu bina tower ni. Heheheh sekejap jer mama dan Qeram cuba buat. Kira praktis dulu sebelum join competition la. Hahh susah jugak sebab untuk competition ni ada masa yang telah ditetapkan. Untuk bina tower akan diberi masa hanya 10 minit. 

Budak ni happy jer tau.


Kemudian kami semua diberi taklimat ringkas sebelum competition bermula. Untuk competition Tower Up Challenge ini ditaja oleh Syarikat Permainan Malaysia Sdn Bhd. Syarikat Permainan Malaysia merupakan syarikat permainan dalaman yang terbesar di Malaysia dengan menghasilkan lebih kurang 60 jenis permainan dalaman. Competition Tower Up Challenge ini khas untuk ibu bapa dan seorang anak untuk join. Setiap kumpulan akan diberi masa 10 minit untuk membina tower tertinggi dengan menggunakan kayu block.

Nampak semangat mereka membina tower ni. 

Tower yang mama dan Qeram bina diukur oleh pihak Syarikat Permainan Malaysia. Nampak senget benget tower ni tapi kan tinggi tower mencecah 1.79 meter. Terketar-ketar tangan mama nak letak block paling atas tu. Seram takut tumbang semua. hahahah

Gambar bersama dengan mama. Yeahh.. 

Mama join competition ni sekadar seronok-seronok jer. Kalah atau menang tak kesah asalkan Qeram happy jer. Dengan competition ini boleh menyerapkan nilai kesabaran dan keberanian dalam setiap kali membina tower. Di samping itu, peserta yang bermain dapat menggunakan motor skill imbangan agar block tower yang dibina agar kukuh. Selain itu, kerjasama antara pasukan ibu dan anak juga turut terhasil dalam competition Tower Up Challenge ini. 


Setelah selesai diukur ketinggian Tower Up untuk 7 kumpulan oleh pihak Syarikat Permainan Malaysia, kemudian sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang. Dan hadiah ditaja oleh Syarikat Permainan Malaysia dan juga dari Dreamworld Playland.

2nd Runner Up

1st Runner Up

Untuk Champion Tower Up Challenge pemenangnya adalah mama dan Qeram.. Yeaaa... bersorak gembira la Qeram dapat hadiah. Hehehe memang tak sangka menang sipi-sipi dengan 1st Runner up tau. Alhamdulillah memang tak sangka sangat boleh jadi champion. hehehe.. 

Champion Tower Up Challenge.

Terima kasih Dreamworld Playland dan Syarikat Permainan Malaysia yang mengadakan competition untuk ibu dan anak yang best ni. Lepas ni kalau ada competition boleh lah mama join lagi memang best sangat..

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Dreamworld Playland 
Facebook : www.facebook.com/dreamworldplayland

Syarikat Permainan Malaysia 
Website : www.spamgames.com.my
Facebook : www.facebook.com/SPM.Games

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook