Event Review

My Fun Cooking Competition 2017 Di One Space, The Square Subang

8:30 AM

Asal weekend jer mama ada jer event yang mama attend. Mana reti duk diam kan. Heheheh asyik ada jer program hujung minggu. Pada Ahad lepas, mama dapat jemputan untuk menyaksikan peraduan memasak iaitu My Fun Cooking Competition 2017 anjuran bersama oleh Lee Kum Kee dan Desa Home yang diadakan di One Space @ The Square, One City Subang. Bolehlah mama melihat para peserta dan mendapat idea untuk mama memasak nanti. 



Empat kumpulan keluarga berkumpul untuk mempamerkan masakan mereka pada hari itu. Pertandingan ini diadakan untuk tujuan menggalakan golongan muda kanak-kanak di Malaysia untuk menunjulkan bakat memasak mereka bersama dengan ahli keluarga mereka. Setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga untuk mengambil bahagian contohnya seorang kanak-kanak berusia antara 10 - 18 tahun dan ibu atau bapa mereka. 




Untuk pengetahuan semua, produk Lee Kum Kee telah lama di pasaran Malaysia dengan pengkalan pengeluaran di Kuala Lumpur. Produk paling terkenal dengan penciptaan sos tiram dan pelbagai jenis kualiti susu dan bumbu Cina. Oleh itu, Lee Kum Kee mempromosikan produk mereka di Malaysia dengan mengadakan sebanyak empat pusingan "My Fun Cooking 2017" yang berlangsung pada 15 Oktober 2017 hingga 12 November 2017. Dua belas pasukan akan bersaing untuk masuk ke pusingan akhir. Setiap pasukan yang menang dari tiga pusingan pertama akan bersaing dengan selebriti iaitu Encik Peter Davis.


Sebelum bermula memasak, peserta muda atau penjaga akan diberi belanjawan tetap untuk membeli bahan memasak di SK Market yang merupakan salah satu penaja acara. Pasukan yang mengambil bahagian perlu menyediakan hidangan utama mereka dalam masa satu jam berdasarkan tema yang telah ditetapkan dengan menggunakan sos Lee Kum Kee. 



Untuk pusingan 1, tema pada hari tersebut adalah ayam menjadi bahan utama. Semua pasukan harus menyediakan hidangan yang lazat dan mengolahkan jadi makanan yang menarik. Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa acara ini ditaja oleh Electrolux dan Desa Home Theater Sdn Bhd.

Kum Kee Golden Patties

Bagi pusingan pertama My Fun Cooking Competition dimenangi oleh pasukan ibu dan anak iaitu Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee dengan menu mereka Kum Kee Golden Patties. Nampak macam biasa kan tapi yang menariknya mereka menggunakan semua produk Lee Kum Kee tau. Tahniah kerana mereka layak berentap dipusingan seterusnya nanti. 


 Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee


Bagi yang ingin menyaksikan pertandingan My Fun Cooking Competition 2017 berlangsung, korang boleh datang ke One Space, The Square Subang pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dibawah. 

My Fun Cooking Competition Timeline
Round 1        : 15 Oktober 2017
Round 2        : 22 Oktober 2017
Round 3        : 29 Oktober 2017
Final Round : 12 November 2017

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari laman Facebook rasmi acara "My Fun Cooking 2017" atau hubungi Miss Ling di talian 03-4287 0039 / 011-2608 8034.

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Thank you Mama Jue for this amazing blog. You are the best lah, bawa baby ke event, multi-task. Mommy is the best in the world.

    ReplyDelete

Like us on Facebook