Advertorial

Year End Holiday Promotion | Cari Hotel Di Genting Highland Sempena Cuti Sekolah Dengan Traveloka

8:17 AM

Cuti sekolah hujung tahun mesti ada yang tengah buat planning family vacation bukan. Nak pergi mana yer? Tahun ni mama belum fikir nak planning untuk bercuti ke mana lagi. Mama ingat tak nak la pergi jauh-jauh sangat kalau sekitar Kuala Lumpur pun dah ok. Mama pun masih dalam lepas pantang jadi agak susah la nak bercuti jauh-jauh dengan baby masih kecil lagi.  Tambah cuti sekolah lagi lah kesian dekat anak-anak mesti dia orang nak berehat dan berjalan-jalan. Mama fikir untuk family vacation sempena cuti sekolah tahun ni mama nak bawa bebudak pergi Genting Highland.

Sebab apa mama pilih Genting Highland kerana mama nak bawak bebudak ni pergi tengok Ultraman Live di Genting Highland. Memang seronok la bebudak ni dapat jumpa kartun animasi pujaan mereka. Anak lelaki memang obsess sangat la dengan watak kartun Ultraman ni. Sebagai ibu hendak mengembirakan mereka mama bawalah bebudak ni layan Ultraman Live di Genting. Ini bukannya anak-anak jer suka malah mak bapak pun terlebih excited ni. Hahaha.


Selain daripada nak pergi tengok Ultraman Live di Genting, mama pun dah lama sangat tak jejak ke Genting Highland ni. Hmmm ada la 9 tahun lepas mama pergi Genting Highland itu pun masa honeymoon. Bayangkan betapa lamanya tak jejak ke Genting. Memandangkan dalam beberapa tahun lepas theme park Genting Highland tutup kerana tengah dalam pembaik pulih semua permainan so mama pun malas nak pergi lagi. Tunggu outdoor theme park ni siap dibaik pulih baru lah kita pergi ke sana. Kalau tak membazir jer pergi sana tapi tak boleh main semua games di outdoor theme park tu. Mama tak sabar nak pergi bercuti kat sana dengan suasana sejuk berkabus di Genting Highland. Kira feeling bercuti di oversea gitu. Hahaha.


Untuk percutian kali ni mama ingat nak bermalam kat sana. Saja nak merasa tidur di hotel Genting Highland dengan keadaan cuaca yang sejuk. Bukannya selalu pun mama naik Genting ni. Nama jer duduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur tapi untuk naik ke Genting Higland yang orang kata dekat ni memang amat jarang sekali. Memandangkan mama punya planning untuk bermalam di hotel, mama mestilah nak cari hotel yang murah, menarik serta selesa untuk kami lima beranak nanti.

Sebelum mama cari hotel yang menarik, mama ada buat survey di Google untuk hotel yang mana terbaik. So kebanyakkan orang ramai memilih hotel First World Genting untuk menginap di sana. Mama fikir ok la sebab hotel First World ni memang berdekatan dengan theme park. Boleh la dapat menjimatkan minyak kereta dan tak perlu drive jauh-jauh. Kalau nak cari makan pun boleh jer jalan kaki di sekitar hotel atau di luar theme park Genting Highland tersebut.


Bagi mencari hotel dengan harga yang murah, mama baru teringat satu website ni. Mama kena booking dahulu sebelum pergi sana takder la susah nanti kan. Tambah-tambah cuti sekolah hotel mesti penuh punya. Mama bukak laptop dan cari website Traveloka sebabnya di website ini boleh dapat harga hotel yang murah. Kalau korang tak percaya korang terjah sekarang di website Traveloka. Mama gerenti korang pun terjebak juga booking hotel untuk percutian korang nanti. Selain dari hotel, korang boleh membeli tiket flight di website tersebut. Jadi tak payah bukak laman web banyak-banyak. Dengan satu website sahaja korang akan dapat banyak informasi dengan cepat dan mudah dengan hanya website Traveloka atau lihat promosi yang ada di https://www.traveloka.com/en-my/promotion.


Untuk carian hotel yang mama nak bermalam di Genting ini senang saja. Masuk website Traveloka kemudian tekan bahagian hotel dan taipkan “First World Hotel, Genting Highland” dan masukkan tarikh yang hendak mama check in dan pilih untuk 2 malam kemudian search hotel untuk mendapat harga yang terdapat di hotel berkenaan. Mudah bukan. 


Selain carian menggunakan di website Traveloka, ada lagi satu cara yang mudah dengan hanya menggunakan smartphone sahaja. Korang hanya perlu download Applikasi Traveloka di Google Play untuk android version manakala bagi pengguna Apple boleh download di App Store.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/

Love,
/>

You Might Also Like

18 Comments

  1. Anak anak mimi suka ultraman..Lepas nih senang lah boleh cari kt traveloka jer kan

    ReplyDelete
  2. Dengan Traveloka semua jadi mudah. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. dah lama tak jejak Gneting Higland..nanti boleh la jejak ke sana lagi mudah pulak dengan traveloka

    ReplyDelete
  4. Lama tak naik Genting... Boleh la nanti.. Nak cuba guna traveloka pula lepas ni... Yeahhh

    ReplyDelete
  5. lama kot tak pegi genting haha.bahaya kalau bawak jasmeen tgk ultraman, abis semua dia kakikannya :D

    ReplyDelete
  6. sama laa.. dah lama gak tak jejak ke Genting Highland

    ReplyDelete
  7. Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! sejuk2 gitew~

    ReplyDelete
  8. Seronoklah budak-budak. PH dah bertahun-tahun tak naik Genting.

    ReplyDelete
  9. syok..kalau bawak fariza lagi syok

    ReplyDelete
  10. Ira pun da lama tak ke genting. Hehe.. pergi masa zaman sekolah rendah, dah berpuluh tahun la tak pegi. Padahal dekat je genting tu dgn kg ira. Teringin jgk nk pegi.. terima kasih share info pasal traveloka.. blh la mencuba terjebak kan diri.. hehe..
    Salam perkenalan..😆

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum
    samalah knor pun lama sgt dh tak gi genting..takpelh kut kita ambil yg bawah jer..tq dtg blog knor

    ReplyDelete
  12. Wahhh!! Ada ultrmn.. boleh bawak anak buah. Tgh pk2 ni nak stay sana ke x. Huhu

    ReplyDelete
  13. Baru tahu pasal traveloka ni. Tq bagitau.

    ReplyDelete
  14. bestnya. sy last pegi genting kalau tak silap tahun 2000 xD mcm mana la agaknya kat sana skrg..

    ReplyDelete

Like us on Facebook