Blogger Review

Berpantang 44 Hari Bersama Tanamera Postnatal Care Set

10:51 AM

Alhamdulillah hari ni dah hari yang ke 55 mama berpantang. Kejap jer masa berlalu untuk pantang kali ke 3. Psstt untuk pantang bersama suami kena tunggu 100 hari yer. Hahaha. Terima kasih kat mama ma kerana jaga dan masakan menu berpantang untuk mama selama 20 hari berpantang. Benda paling sukar dan agak mencabar sebenarnya berpantang kali ni kerana adik baby sama pesyen macam abang dia kuning sampai sebulan. Hmm memang pantang mama boleh hancur tau sebab asyik ulang alik pergi hospital / klinik sampai sebulan. Pantang apa macam ni kan dah macam pantang koboi ajer. Ohoiii badan nak pakai lama so kena berpantang juga yer.

Gambar masa mama pregnant.. Berat naik 15 kilo. Gemok mok mok. Huhuhu

Masa mama mengandung kali ni memang berat mama naik mendadak sampai 15 kg. Phewww masak jugak la mama nak kuruskan badan masa pantang kali ni. Tapi tu lah fikirkan nak kurus disamping menyusukan baby mama fikir kena turunkan berat badan dengan cara yang betul. Memandangkan pengalaman berpantang yang lalu mama memang tak boleh nak makan jamu disebabkan baby kuning, so mama diperkenalkan Tanamera Postnatal Care Set. Apa yang menariknya set berpantang kali ni? Meh mama share set berpantang ini sama macam spa di luar sana. Yang menariknya mama buat "home spa" ketika dalam berpantang. Menarik bukan.


Set berpantang Tanamera ini telah dirumus khas untuk ibu-ibu supaya mendapatkan masa untuk berehat dan sembuh semula selepas hamil dan bersalin. Set Tanamera ini diperbuat daripada ramuan semulajadi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak. Selain itu, ia dirumus khas secara traditional dan saintifik bagi membantu memulihkan badan dalam masa yang lebih singkat serta sebagai alat untuk membantu ibu berehat, sembuh dan segar semula. Yang menariknya dalam full set Tanamera ini korang akan dapat 10 produk terbaik antaranya adalah :
  • Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO)
  • Brown Formulation Body Soap
  • Herbal Massage Oil
  • Herbal Bath
  • Feminine Herbal Wash
  • Calming Herbal Blend Paste
  • Firming Herbal Blend Paste
  • Boreh Body Scrub
  • Herbal Tea
  • Abdomen Binder (Bengkung)
Produk-produk yang ada dalam set Tanamera
Senangkan kerja mama tak perlu nak pening kepala nak cari set lain dah sebab semuanya dalam set ini ada dari atas hingga kebawah. Boleh la mama gunakan kesemua produk ini dengan selamat kerana kesemuanya adalah 100% dirumuskan daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan. Jom baca journey mama menggunakan produk ini dan mama akan kongsikan kebaikkan kesemua produk Set Berpantang Tanamera.

Dalam Set Tanamera ni mama paling suka sangat dengan Brown Formulation Body Scrub. Sabun ini kombinasi herba dan biji-bijian pada permukaan sabun yang mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut serta meningkatkan pengaliran darah ke bahagian kulit. Ok ini lah sabun menggerutu yang paling best ni, tetiap hari mama sental pada bahagian leher, perut, ketiak dan celah paha. Mama rasa sabun ni dapat menyegarkan dan kulit menjadi lembut dengan haruman minyak pokok nilam macam beraromaterapi selepas mandi. Serius best betul sabun ni sebab tahan lama tau.

Mama panggil sabun menggerutu

Selepas mama guna sabun herba, mama akan mandi dengan mandian herbanya pula. Mudah betul dengan adanya mandian herba Tanamera ni, en papa tak perlu carikan daun-daun mandian di tengah bandar. Tapi kalau suruh cari kompom dia tak kenal sebarang daun pun. Hehehe. Dengan hanya satu uncang didihkan dengan air panas kemudian mandi seperti biasa dari kepala hingga kaki. Manfaat mandi herba ini bagus untuk ibu bersalin kerana di dalam mandian herba ini kaya dengan minyak pati yang sangat berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan.  Mama rasa segar jer selepas mandi dengan mandian herba dan bau badan hilang tau. Mama tak akan lupa setiap kali mandi mama mesti pakai feminine herbal wash kerana dapat menyembuhkan luka jahitan dan bahagian tersebut sentiasa bersih dan tidak berbau. 


Manakala Boreh Body Scrub pula boleh digunakan seminggu sekali untuk memanaskan badan kerana boreh ini dirumus khas menggunakan herba dan rempah ratus serta berkesan untuk membuang kulit mati. Mudah saja gunakan scrub ini bancuh dengan air panas dan kemudian sapukan pada seluruh badan dan gosok kulit dengan tangan dalam gerakan berpusing. Bilas scrub yang berlebihan dan mandi seperti biasa. Korang akan rasa segar dan kulit licin serta halus gitu. 

Setelah selesai mandi boleh gunakan Calming Herbal Blend Paste atau lebih dikenali pilis. Hahh yang ni memang mama tak sempat guna. Huhuhu nangis tau sebabnya selepas bersalin mama dah kena warded semula sebab baby kuning. Mama baca pilis ini sangat elok pakai kerana boleh mengurangkan rasa mengantuk atau letih. Selain itu juga, ia boleh meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.


Sebelum terlupa mama paling suka Cold Press Virgin Coconut Oil atau lebih dikenali minyak kelapa dara. Korang pun tahu kan kelebihan minyak kelapa dara ni sangat terbaik kerana boleh memudarkan tanda-tanda rekahan di perut ketika mengandung. So, selepas mandi mama akan sapu minyak ini seluruh badan serta pada bahagian perut kerana ia mampu membakar lemak badan untuk ditukarkan kepada tenaga. 

Setiap kali berpantang mama akan cari tukang urut yang berpengalaman untuk mengurut mama. Kalau lepas bersalin memang badan mama akan rasa lemah sebab ketika proses meneran mama akan sakit pada seluruh badan. Mama diurut dengan seorang makcik iaitu Mak Mok. Mak Mok mengunakan Herbal Massage Oil dicampur dengan minyak urut yang Mak Mok buat sendiri. Minyak ini merangsang peredaran darah serta membantu menyingkirkan toksin dari badan. Selepas berurut seluruh badan baru lah mama rasa segar dan pulih sedikit. Selepas urut mama wajib bertungku walaupun bertungku mama selalu mengelat sebab berat sangat tungku tu. Hahahah.


Ok mama skip kejap pasal bengkung last mama citer. hahaha. selepas mama bertungku baru mama minum air Teh Herba Tanamera ni. Yang ni mama sedikit tak berapa suka sebab herba sangat kuat sampai mama mengalami sakit tekak. Tapi kalau nak sedap mama campurkan sedikit dengan madu baru boleh mama minum sampai habis. Teh herba ini sangat elok untuk merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh berpantang. Teh ini juga dapat memanaskan badan serta menggalakan peredaran darah dalam badan dan yang sangat best teh ini dapat melegakan masalah sembelit. 


Kenapa mama skip berbengkung kerana mama pakai bengkung sebelah malam. Heheh selalunya orang pakai sebelah siang bukan tapi mama terbalik sebab mama kena ada pertolongan en papa untuk pakaikan bengkung ni. Ini disebabkan pergelanggan tangan mama sakit dan mama tak dapat nak tarik tali bengkung dengan kuat ketika pakai bengkung tersebut. Sebelum nak pakai bengkung mama akan sapu dulu Firming Herbal Blend Paste atau dikenali Tapel pada permukaan perut, kemudian mama akan letak sehelai kain baru mama pakai bengkung ni. Best tau pakai tapel ni sebab perut akan rasa panas dan menguatkan serta menengangkan otot-otot perut. Tapi bagi ibu yang bersalin secara pembedahan tidak digalakan guna sebab tapel ini sangat panas. Jika hendak gunakan juga sila dapatkan nasihat doktor dahulu yer.

Selepas berpantang. Ok la kan.. dah turun 10 kilo. Masih banyak kilo yang kena turun lagi ni

Untuk harga fullset Tanamera Postnatal Care Set ini hanyalah RM355 sahaja. Bagi mama setiap pengambilan set berpantang ini kenalah patuhi undang-undang berpantang contohnya makan nasi panas tak boleh makan nasi sejuk dan kena ambil nasi dalam kuantiti secukupnya, banyakkan makanan halia, lada hitam, bawang putih, sayur serta minum air secukupnya. Dalam tempoh sebulan mama baru dapat kurangkan 10 kg sahaja so masih ada lagi kilo untuk mama nyahkan dari badan mama ni. Maybe mama perlukan masa untuk mama kuruskan badan dengan jayanya InsyaAllah. 

Terima kasih kepada pihak Tanamera kerana membantu mama untuk dapatkan berat badan mama yang asal. Untuk sebarang pembelian set Tanamera atau nak beli produk ini secara berasingan boleh beli secara online di laman web www.tanamera.com.my/buy


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi dan layari :-

TANAMERA TROPICAL SPA SDN BHD
Lot 3726 Jalan Tembusu 
Kampung Melayu Subang
40150 Shah Alam 
Selangor

Website : www.tanamera.com.my
Facebook : Tanamera Malaysia
Instagram : @tanamera_my
Email : info@tanamera.com.my
Telefon : 03 - 7842 2458


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook