Advertorial
Year End Holiday Promotion | Cari Hotel Di Genting Highland Sempena Cuti Sekolah Dengan Traveloka
8:17 AM
Cuti
sekolah hujung tahun mesti ada yang tengah buat planning family vacation bukan.
Nak pergi mana yer? Tahun ni mama belum fikir nak planning untuk bercuti ke
mana lagi. Mama ingat tak nak la pergi jauh-jauh sangat kalau sekitar Kuala
Lumpur pun dah ok. Mama pun masih dalam lepas pantang jadi agak susah la nak
bercuti jauh-jauh dengan baby masih kecil lagi.
Tambah cuti sekolah lagi lah kesian dekat anak-anak mesti dia orang nak
berehat dan berjalan-jalan. Mama fikir untuk family vacation sempena cuti
sekolah tahun ni mama nak bawa bebudak pergi Genting Highland.
Sebab apa mama pilih Genting Highland kerana
mama nak bawak bebudak ni pergi tengok Ultraman Live di Genting Highland.
Memang seronok la bebudak ni dapat jumpa kartun animasi pujaan mereka. Anak
lelaki memang obsess sangat la dengan watak kartun Ultraman ni. Sebagai ibu hendak
mengembirakan mereka mama bawalah bebudak ni layan Ultraman Live di Genting.
Ini bukannya anak-anak jer suka malah mak bapak pun terlebih excited ni.
Hahaha.
Selain
daripada nak pergi tengok Ultraman Live di Genting, mama pun dah lama sangat
tak jejak ke Genting Highland ni. Hmmm ada la 9 tahun lepas mama pergi Genting
Highland itu pun masa honeymoon. Bayangkan betapa lamanya tak jejak ke Genting.
Memandangkan dalam beberapa tahun lepas theme park Genting Highland tutup
kerana tengah dalam pembaik pulih semua permainan so mama pun malas nak pergi
lagi. Tunggu outdoor theme park ni siap dibaik pulih baru lah kita pergi ke
sana. Kalau tak membazir jer pergi sana tapi tak boleh main semua games di
outdoor theme park tu. Mama tak sabar nak pergi bercuti kat sana dengan suasana
sejuk berkabus di Genting Highland. Kira feeling bercuti di oversea gitu.
Hahaha.
Untuk percutian kali ni mama ingat nak bermalam kat sana. Saja nak merasa tidur di hotel Genting Highland dengan keadaan cuaca yang sejuk. Bukannya selalu pun mama naik Genting ni. Nama jer duduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur tapi untuk naik ke Genting Higland yang orang kata dekat ni memang amat jarang sekali. Memandangkan mama punya planning untuk bermalam di hotel, mama mestilah nak cari hotel yang murah, menarik serta selesa untuk kami lima beranak nanti.
Sebelum
mama cari hotel yang menarik, mama ada buat survey di Google untuk hotel yang
mana terbaik. So kebanyakkan orang ramai memilih hotel First World Genting untuk menginap di sana. Mama fikir ok la
sebab hotel First World ni memang berdekatan dengan theme park. Boleh la dapat
menjimatkan minyak kereta dan tak perlu drive jauh-jauh. Kalau nak cari makan
pun boleh jer jalan kaki di sekitar hotel atau di luar theme park Genting
Highland tersebut.
Bagi mencari hotel dengan harga yang murah, mama baru teringat satu website ni. Mama kena booking dahulu sebelum pergi sana takder la susah nanti kan. Tambah-tambah cuti sekolah hotel mesti penuh punya. Mama bukak laptop dan cari website Traveloka sebabnya di website ini boleh dapat harga hotel yang murah. Kalau korang tak percaya korang terjah sekarang di website Traveloka. Mama gerenti korang pun terjebak juga booking hotel untuk percutian korang nanti. Selain dari hotel, korang boleh membeli tiket flight di website tersebut. Jadi tak payah bukak laman web banyak-banyak. Dengan satu website sahaja korang akan dapat banyak informasi dengan cepat dan mudah dengan hanya website Traveloka atau lihat promosi yang ada di https://www.traveloka.com/en-my/promotion.
Untuk
carian hotel yang mama nak bermalam di Genting ini senang saja. Masuk website
Traveloka kemudian tekan bahagian hotel dan taipkan “First World Hotel, Genting Highland” dan masukkan tarikh yang
hendak mama check in dan pilih untuk 2 malam kemudian search hotel untuk
mendapat harga yang terdapat di hotel berkenaan. Mudah bukan.
Selain
carian menggunakan di website Traveloka, ada lagi satu cara yang mudah dengan
hanya menggunakan smartphone sahaja. Korang hanya perlu download Applikasi
Traveloka di Google Play untuk android version manakala bagi pengguna Apple
boleh download di App Store.
Untuk
maklumat lanjut boleh layari https://www.traveloka.com/en-my/
0 Comments