Card

Maybank Picture Card

8:44 AM

Akhirnya dapat dah tukar card Maybank.. Pheww.. korang dah tukar ker belum??? ada lagi sebulan lebih jer lagi.. lepas ni korang kena bayar. Ehh kad mama pun bayar jugak sebenarnya.. Citer dia gini. Bulan 8 mama dah buat card melalui Maybank2u. kemudian 14 hari dapat la kan. tapiiiiiiii hahhh hambek kau banyak tapiiii tu... kad tu sampai 3 bulan tak dapat-dapat.. pelik jugak apasal ler masalahnya. Terus mama call centre Maybank. Diaorang cakap kad tu dah hantar siap bagi consignment note lagi.. 

Hmm nak marah dah ni.. terus call Citilink tanya pasal kad tu.. diaorang cakap dah hantar masuk dalam mailbox rumah.. hahhh mailbox rumah!! bukan ker kad-kad penting semua kena ada sign penerima.. dah kenapa gini.. gggrrrr.. so call centre balik cakap kata hilang & then centre kata tak leh buat apa kena datang mana-mana maybank buat balik.. Ehhh tak kuasa lah mama dah la mama mengandung time tu nak suruh pergi maybank!!! memang tak aarr.. tak larat!!!

Last-last mama buat Maybank Picture Card. Tapi kena bayar RM26.50 macam tu... mama dah tak kesah la RM26.50 asalkan dapat buat.. So lepas 14 hari call Maybank Kajang, diaorang kata dah siap. Ok lega.. tapi bila pulak en papa ada masa nak temankan pergi Maybank.. Hahaha sekarang mama is patah kaki ada baby.. ngeeee.. 

So kemarin en papa ada masa pergi lah ambik kat Maybank Kajang. Hmm ingatkan kejap jer sekali ramainya umat!! berjanggut tunggu.. baby dalam keta dengan papa.. harap2 ok lah dia.. hahaha.. Kita dah nak cepat tapi jadi lambat pasal kad yang sepatutnya dapat tu kena cancel dulu baru boleh guna kad baru ni.. aduyaiii.. dah ambik masa lama jugak la nak settle.. person in charge tu kena call centre untuk cancelkan kad yang Maybank hantar tu. hahaha.. Tetiba Qebal muncul.. mama baby nagis.. hahaha sian la baby.. mama pergi kat keta pegang diam terus.. korang rasa!!! hahaha dengan papa dia tak nak rupanya.. hahaha sabar jer lah.. Mama sampai bawak masuk baby dalam Maybank la nak tunggu kad mama tu.. lepas 15 minit baru siap.. phewww peluh mama sampai abis baby terjeluak susu kat baju mama.. kahkahkah.. 

 Hehehe mama letak gambar mama.. tapi susah jugak nak dapat gambar yang sesuai sebab ada pixel yang sesuai untuk card ni.. pppfffttt kalo gambar guna camera telefon jangan harap!! penat mama selfie cun-cun.. so cari-cari yang ni jer ok.. bedasah ajer lah asalkan ada kad muka mama.. muaahahaha..

Korang dah tukar ker? kalau belum tukar cepat-cepat la tukar yer.. Yang mana ada Maybank2u buat kat situ and then tunggu jer sampai. Kalau tak sampai jugak korang ngamuk kat centre Maybank..  Hahaha lawak jer.. Sapa nak abadikan gambar kat Maybank card macam mama ni korang tekan SINI


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook