Hari ni mama nak share skit pasal produk dari Box of Joy dari Lazada tempoh hari. Benda yang paling mama suka dari dalam box tersebut adalah Tefal Manual Chopper. Kemahin tau dapat jer barang ni mama cakap best ke benda ni tapi betul-betul menjadi ker tak yer.. Hahaha.. Sebelum ni kalau nak chop bawang mama guna pisau jer.. kalo rajin mama ada tempat sagat tu tapi mama malas nak guna sebab mama tak rajin membasuh so gunalah cara manual. Yang tak best guna pisau mesti mama menangis drama air mata tau.. hehehe padahal chop bawang jer pun. 😋
Tefal Manual Chopper ni selain kegunaan nak chop bawang besar tu boleh jer nak guna cincang daging. Ehh macam-macam la boleh guna tak kalau nak buat sambal belacan ker, nak buat cili sumbat kat ikan tu memang sesuai sangat guna benda alah ni. Memula mama tengok pisau chopper ni tak tajam tapiii ahhh tajam giler kot mau terputus jari korang. Better korang jangan cuba-cuba ehh.. kalo berdarah mama tak mau tolong, kalo terputus ooohheemmgee.. hahahha..
Kasi zoom skit.. wahh manual chopper ni ringan jer tak berat langsung.
Tengok mama siap boleh masukkan 2 biji bawang besar dalam ni. sebelum chopper korang potong bawang dan masukkan dalam tu. Kemudian tutup.
Hahh tarik jer tepi tu macam ada tali. korang tarik zas zas zas macam ala-ala tarik tali gituuu.. hehehhe..
Setelah beberapa saat sahaja.. perghhh hancur bawang. takder pedih2 mata tau. giler best!!..
Hahhh korang tak teruja ker.. best betul guna chopper macam ni. Lepas ni nak cuba buat cili dengan bawang untuk buat ikan keli berlado. perghhh mesti mariiii.. Yang mana nak dapatkan Tefal Manual Chopper ni korang boleh beli kat Lazada. Pelbagai jenama manual chopper ada kat sana. Korang boleh jer beli dari yang murah hingga mahal yer itu semua pilihan di tangan anda. Mama bagi 5/5 untuk Tefal Manual Chopper yang best ni. Korang kena wajib ada satu kat rumah tau. Bagi yang mana nak beli boleh dapatkan di LAZADA.
Love,
0 Comments