Dua hari lepas mama ada tengok blogger pergi Jalan Jalan Japan di One City Mall Sky Park. apa la tempat ni agaknya. Tengok blogger update jer kat blog terus ternampak benda yang mama nak.. memang dah lama mama nak dari masa anak pertama lagi.. hahaha.. tapi ntah tak beli pun sebab mahal pulak.. macam sayang duit pulak. takder benda tu bebudak dua orang ni pun boleh jer duduk. kahkahkah. So mama cakap kat en papa.. papa jom pergi One City Sky Park ada barang2 preloved & second hand dari Japan. Yang tak menahan mama print screen gambar barang apa nak terus mama wassap en papa.. en papa kata Sabtu pagi kita pergi.. Mama berdoa harap2 ada lah benda tu.
Sampai sana dalam tengahari.. nak kata ramai tu takder la ramai lagi boleh la belek2 apa yang patut.. tapi tengok macam dah banyak barang habis dah. barang murah kan mesti la abis cepat. nasib baby Qeisya behave dalam ring sling.. bag mama en papa dah ring sling kat leher dia. so fon memang tak ada kat tangan. hahahah. hampun sangat tak roger2 orang pasal benda ni. Ini pun mama snap dah sampai dekat kaunter bayaran dah.. itu pun en papa cakap mama tak nak snap gambar ker.. ehh perli aku ker apa ni.. kahkahkah.. so snap jer la skit2.. mama datang situ bukan nak review tapi nak beli benda tu satu jer.. kalo korang nak tengok apa yang menarik kat sini korang terjah entri blog kak Ayu Rafikah & AyueJean
Jalan Jalan Japan
Pintu masuk dia.. hahh panjang orang beratur nak bayar.
Kat kaunter bayaran mama baru hegeh nak snap gambar hahaha
Bebudak super happy dapat toys murah-murah giler..
Tak banyak beli pun..
Hahh ni la benda mama nak beli. Bumbo Seat Baby.. murah jer RM25.. kalo baru punya RM200 pitam harga yang baru tu.. Walau bumbo seat ni pre loved tapi kan nampak macam baru tau.. Alhamdulillah ada rezeki beli untuk Qeisya.. nanti senang la mama bagi Qeisya makan sebab dah ada bumbo seat ni
Ini hasil rembatan anak-anak jantan. Yang patung olaf ker nama dia RM10, pikachu tu RM10, dinasour robot RM10, ultraman ker apa ntah tu RM10. yang Mario tu RM6.. hahh hambek engko depa hangkut banyakkk.. itu ada lagi menatang kecik2 ultraman tu RM3 la tak ada dalam gambar.. hahaha depa seronok ya amat!!!
Best kan.. kalo korang nak beli barang-barang preloved dari Japan sila terjah :
JALAN JALAN JAPAN
1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1
Subang Jaya
Selangor
Facebook : www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram : @jalanjalanjapan
Open hour : 10.00 pagi - 10.00 malam
Love,
0 Comments