Resepi

Resepi Meat Curry Minced Wrap

4:26 PM

Ini lah masalah seorang housewife!! hari-hari nak mikir nak masak apa. nak makan nasi pun jemu tau bak kata orang kedah cemuih laaaa.. hahahah.. so hari ni mama nak perabihkan daging cincang mama bikin meat curry minced wrap. wahh nama kemahin omputih kan.. Makan macam ni pun kenyang jugak apa ada hal kan.. kekadang kena lah ubah selera jugak kan huhuhu padahal mama dah buntu nak makan apa. Meh mama share nak buat wrap simple ni. Inti wrap ni korang nak makan roti pita pun boleh jer. Pandai-pandai korang la yer...

Bahan-bahannya :

* Mission Wrap Original
* Daging cincang Brand Ramly
* Bawang putih ditumbuk lumat 
* Bawang besar didadukan
* Sayur campur 
* Cili padi dipotong 
* Serbuk Kari Daging
* Sedikit garam
* Daun salad

Cara-caranya :

Masak inti dahulu. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan daging cincang masak sehingga betul-betul masak. Setelah itu serbuk kari dalam 3 sudu besar kacau dengan sedikit air. Masak daging dengan kari sehingga pecah minyak. Akhir sekali, masukkan cili padi, sayur campur dan garam.. gaulkan sehingga kering. 

Untuk wrap mama panaskan dalam microwave selama 1 minit. Sapukan sedikit mayonis kemudian letak daun salad ke atas kepingan wrap tersebut.

Letakkan inti daging kari di atas daun salad

Gulungkan wrap sehingga kemas

Siap Meat Curry Minced Wrap. Yummy kan.. kalo nak letak tomato pun boleh tapi mama takder so letak jer salad tu pun dah sedap. Bagi orang diet ni sesuai sangat makan ni.. 😄

Selamat Mencuba


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook