Blogger Review

M Motel @ Meru | Hotel Murah & Selesa Di Ipoh, Perak

1:00 AM

Ingat tak pasal mama pergi Ipoh tu. Ok mama nak sambung cerita pasal hotel M Motel @ Meru di Ipoh Perak. Mama kan kalau pergi holiday hanya untuk tidur semalam mama suka hotel biasa jer asalkan bersih, selesa dan murah bagi mama.. Anak-anak pun kalau tidur hotel mesti nak ada aircond dan katil cadar putih. Hahaha.. Bebudak memang happy tidur hotel. Hotel M Motel ni memang berdekatan dengan Amanjaya Meru Ipoh. Kira hotel yang sangat strategik dengan tempat menarik seperti MAPS dan Lost World of Tambun. 


Selain berdekatan dengan tempat menarik, hotel ini berdekatan dengan Mydin Mall. Hahhh jangan tak tahu segala tempat makanan macam fastfood Mcd, Kfc, Pizza semua ada. So korang tak perlu risau bab tu. Hehehe.. siap mama sempat pergi beli baju extra dekat depan Mydin Mall tu. Hahhh memang dekat sangat ok. Senang kalau korang nak beli apa-apa terus pergi dekat Amanjaya Meru Ipoh tu semua ada. Korang cuma perlu sedia duit jer. hahahah..

Untuk Hotel M Motel ini bertaraf 3 bintang. Heyy nama jer 3 bintang tapi masuk dalam mama is puas hati. Selesa betul dengan katil, suasana dalam bilik, bilik mandi pun bersih memang terbaik la M Motel ni. Kalau korang nak parking pun jangan risau banyak tempat tepi kiri kanan ada jer kosong. Tak perlu risau pasal parking sebab hotel ini ada CCTV yang berfungsi 24 jam. Korang boleh tidur dengan aman yer. 


Masuk jer kat hotel ni mama suka pintu dia semua pink. Mesti owner dia suka pink kan. Hehehe.. cat dinding warna putih memang rasa bersih dan tak rasa suram duk hotel macam ni. Mama dapat 2 bilik yang ada connection room. So satu bilik untuk anak-anak dan satu lagi bilik mama dan papa. Hahaha so anak-anak jangan kacau. Untuk keluasan bilik tu takder la besar kira selesa untuk kami 5 beranak. 


Dalam setiap bilik terdapat satu jug kettle, cawan dan siap ada coffee, tea, gula dan creamer turut disediakan. Ehh siap ada iron dan iron board so senang tak payah korang nak request kat receptionist lagi. Nampak tak sebab setengah hotel tak ada sediakan kemudahan macam ni. tapi hotel ni memang sediakan memang terbaik lah. Dan yang paling penting ada tanda arah kiblat tu yang penting sangat. Alaa korang langut jer akan nampak arah kiblat tu. 


Nampak pintu kecik tu. Hahh tu la connection room ke bilik satu lagi. Alaa mama tolak katil tu bagi dekat terus bukak pintu tu. Heheheh.. Untuk pengetahuan semua bilik yang ada connection room khas untuk family tapi kan korang kena booking awal sebab bilik family yang ada connection room tak banyak. Seronok anak-anak keluar masuk bilik sana sini. 


Bersih kan bilik air ni. Yang paling mama suka shower siap ada water heater. Hahhh tak der la mandi air sejuk.. Duk jer hotel terus mandi air panas 24 jam hahahah.. Puas hati mandi dengan air laju. Tapi dalam bilik air takder sedia ubat gigi dan berus gigi so korang kena bawak dari rumah cuma ada shower gel, shampoo dan towel jer. Mama jenis kalau pergi hotel mesti angkut segala set toiletries semua tu. 

Dah keredut seribu sebab anak-anak lompat atas katil hahahaha.. Aiseyman tak sempat mama nak snap gambar cantik-cantik. Hahahah


Yang paling mama suka setiap bilik ada peti ais kecil kat bawah meja tu hahhh mama ni jenis minum air ais. Siap mama pergi beli air kotak di luar dan simpan dalam peti ais ni ok. Gigih tak!! Peti ais sejuk jer so korang jangan risau kata alaa tak sejuk. TV pun flat screen ok.. Boleh la sebelum tidur tengok tv kan. Bagi yang kaki internet hahhh kat M Motel siap ada Wifi laju giler. Korang pergi jer mintak password kat receptionist kat bawah. Sila surf internet sampai lebam ok. hahahah


Muka happy jer memasing.. Yeaa

Bagi yang cadang nak datang Ipoh bolehlah korang bermalam di sini sebab hotel M Motel ni murah, bersih dan selesa untuk korang bermalam. Serius puas hati dengan persekitaran di motel ni memang terbaik. Dan paling mama suka sebab dekat dengan Mydin Mall dan kedai makan yang berdekatan. hahahah.. bab makan tak leh tinggal kang lapar..

Promo bermula dari RM39 - RM99. Telefon dulu sebelum booking tau!! 
Terima Kasih M Motel @ Meru untuk penginapan yang menarik!! InsyaAllah kami datang lagi.. 

Untuk maklumat lanjut :

M Motel @ Meru 
No 18 & 20, Jalan Meru Utama A2
Medan Meru Utama
Perak Amanjaya
30020 Ipoh Perak

No Telefon : 013-414 3488


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Nampak menarik motel ini, pergi perak nanti bolehlah menginap sini.

    ReplyDelete
  2. Best nya hotel dia..Tetiba nak try gak stay kat situ walaupun rumah mak mertua kat Ipoh jugak..haha...

    ReplyDelete

Like us on Facebook