SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox - Semakin meningkatnya umur semakin itulah banyak masalah di kulit wajah seperti kedutan di wajah, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan lain-lain lagi. Oleh itu, seiring dengan umur yang semakin meningkat jadi kita haruslah menjaga kulit dengan sebaik yang mungkin. Ini sangat penting kerana wajah adalah pandangan pertama untuk kita nampak lebih muda. Baru-baru ini mama telah diperkenalkan dengan SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox. Nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru dari Safi jom baca entri ini ok.
SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox |
Safi Rania GOLD memperkenalkan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formula Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja. Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox ini mengandungi kandungan yang selamat digunakan dan disahkan HALAL.
Kandungan yang terdapat di dalam rangkaian Safi Rania GOLD Teknologi Beetox ini ialah :
- Nano Gold 24K - Ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.
- Honey - Merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit
- Royal Jelly - kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.
- Propolis - Merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.
- Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.
Pembersih Wajah Safi Rania Gold (Royal Jelly) dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly di formulasi terbaharu Micro-Foam dengan agen anti-oksidan untuk membersih secara mendalam. Buih yang terdapat dalam pembersih ini mewah berkrim mengandungi agen pelembap. Ia juga boleh membersihkan sisa solekan dengan sempurna.
Dengan adanya Nano Gold 24K ini dapat mengukuhkan struktur dalaman kulit agar wajah anjal dan awet muda. Manakala Royal Jelly pula untuk merangsang pembaharuan kulit semulajadi agar hasilnya kulit wajah anjal, halus dan berseri.
Penggunaanya : Picit sedikit pembersih wajah ke atas tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan kemudian bilas sehingga bersih.
[Review Mama]
Mama dah mencuba pembersih wajah Safi Rania Gold ini memang best lembut jer tekstur pembersih wajah ni dan bau pulak bau madu yang wangi. So tak perlu risau bab tu. Heheh.. Yang paling best selepas mencuci muka kulit rasa lembut dan tak kering. Kulit jadi lebih lembut dan melembapkan kulit.
Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold pula mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. Untuk esen ini digunakan selepas membersih wajah kiranya digunakan sebagai penyegar. Cuma Esen Emas Keremajaan ini tidak perlu gunakan kapas kerana esen ini mengandungi emas 24K.
Penggunaanya : Selepas mencuci wajah, lapkan sehingga kering. Kemudian tuangkan Esen Emas Keremajaan ke atas tapak tangan, lalu sapu ke seluruh wajah sehingga esen meresap ke dalam kulit.
[Review Mama]
Mama suka Esen Emas Keremajaan ini sebab ia berfungsi sebagai lembapkan kulit wajah agar kulit sentiasa segar selepas mencuci. Paling mama suka dengan emas 24K tu lembut dan kulit rasa bersinar selepas menggunakan esen ini. Tekstur esen ini tidak berminyak dan tidak melekit malah bau esen wangi seperti madu propolis.
Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold Dengan BEETOX & Propolis terdiri dari Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C yang meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan. Kalau korang perasan ada lapisan yang terpisah tersebut adalah madu dengan eliksir.
Penggunaanya : Goncang dahulu eliksir sehingga larutan antara madu dan eliksir terlarut. Tekan sedikit ke atas tapak tangan kemudian sapukan ke seluruh muka sehingga meresap ke dalam kulit.
[Review Mama]
So far mama dah guna eliksir ni memang rasa keanjalan kulit berubah menjadi lembut. Mama suka bau eliksir ni wangi madu dan tekstur eliksir tidak melekit serta cair. Cuma mama tidak gemar botol packaging dia kena titis sebab mudah tertumpah. Bagi mama kalau picit much better.
Krim Pelembap Siang Safi Rania Gold SPF25PA++IR (Propolis) pula melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR). Bagi yang mengalami kulit kering seeloknya wajib memakai krim pelembap ini untuk melembapkan kulit dari sebarang masalah.
Cara penggunaanya : Calit sedikit krim pelembap siang ini ke bahagian muka dan leher. Ratakan sehingga krim pelembap ini meresap ke kulit. Boleh digunakan sebelum memakai make up.
[Review Mama]
Mama jarang sangat guna krim pelembap ni sebab mama rasa macam tak selesa. Bagi kulit kering selepas memakai krim pelembap ini kulit jadi moist sedikit. Untuk tekstur dia tidak berminyak dan berbau wangi.
Hasil menggunakan Safi Rania Gold ini telah terbukti secara klinikal dan kulit semakin anjal, kulit semakin halus, pemulihan tona kulit sekata dan kedutan di wajah berkurang. Ini adalah respon daripada kalangan wanita melayu yang berumur di antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk ini selama 14 hari atau lebih. Selain itu, ia telah terbukti dalam ujian klinikal dan telah digunakan selama hampir 2 bulan. Bagi yangingin dapatkan produk Safi Rania Gold ini boleh dapatkan di pasaraya besar dan juga hypermarket seluruh Malaysia.
Alhamdulillah mama dah boleh terima produk Safi Rania Gold ni. Ternyata best guna dari pembersih wajah, esen emas, eliksir dan krim pelembap. Pada seminggu mama guna kulit jadi mengelupas sedikit, kemungkinan untuk membuang sel kulit mati. Selepas menggunakan setiap hari kulit menjadi licin dan lembut. Boleh la lepas ni mama nak cuba rangkaian Safi Rania Gold yang lain pulak.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.safi.com.my
Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : www.instagram.com/safimalaysia
0 Comments