Product Review

[REVIEW] b.liv Deep Impact | Deep Pores Cleansing & Massage Emulsion

2:13 AM

Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki kulit yang licin dan cerah. Tapi kita haruslah memerlukan penjagaan kulit dengan baik dari luaran dan dalaman. Untuk penjagaan kulit haruslah kita selalu membersihkan muka setiap hari, menggunakan masker untuk membuang kulit mati di muka.

Sebulan yang lepas mama memang mengalami masalah kulit yang teruk. Memang breakout habis muka sebabnya mama tersalah makan sampaikan muka tumbuh jerawat dan liang pori terbuka. Sekarang memang tengah gigih untuk repair kulit muka dengan penjagaan yang rapi dan selain itu mengamalkan pengambilan vitamin c.


Kali ni mama akan review produk dari b.liv Deep Impact iaitu Deep Pores Cleansing and Massage Emulsion. Memula mama ingatkan b.liv Deep Impact ini sejenis pencuci muka biasa tapi salah rupanya. Deep Impact ni untuk pencuci liang pori dan urutan di wajah untuk menghilangkan sel kulit mati. 

Deep Impact ini diformulakan dengan biji jojoba 100% asli yang sangat berfungsi secara mendalam dan sempurna untuk pengelupasan. Tekstur Deep Impact ini pekat dan berbiji lembut mampu membuang kotoran dari dalaman kulit wajah. Dari segi bau sangat wangi dan apabila biji jojoba tersebut kena air akan menjadi sebum yang sangat manfaat untuk kulit. 


Selain itu, Deep Impact ini berfungsi untuk menenangkan kulit serta mengandungi anti-oksidan yang berfungsi merawat kulit dengan membersihkan kotoran yang mendalam sambil memastikan kelembapan dan menyuburkan kulit wajah. 

Kebaikkan Deep Impact kepada kulit adalah :-
  • Membersihkan liang pori dengan perlahan
  • Menggalakkan peredaran mikro untuk liang pori kulit menjadi sihat
  • Liang pori mengecil
  • Mengurangkan blackhead
  • Kulit menjadi licin
  • Mencegah liang pori dari tersumbat

Deep Impact ini boleh digunakan 2 kali seminggu dan ia sangat sesuai untuk kulit muka yang berminyak.

Cara penggunaannya
  1. Sapukan sedikit Deep Impact pada kulit yang basah
  2. Kemudian urut secara bulatan ke atas dan ke luar sehingga biji jojoba hilang
  3. Biarkan seketika sehingga Deep Impact menjadi porselin
  4. Kemudian barulah bersihkan dengan air
Before & After

Review Mama

So far mama masih lagi guna Deep Impact ni memang sangat ok dengan kulit. Tapi mama hanya gunakan ketika kulit bermasalah seperti liang pori terbuka dan kulit berminyak sahaja. Selepas mama mencuci dengan Deep Impact ini kulit rasa bersih dan sejuk jer muka. Yang paling mama suka sekali sahaja penggunaan Deep Impact ni liang pori terus mengecil tau. Best sangat!! Mekap pun rasa smooth jer lepas guna Deep Impact ni. Heheh cuma parut kat muka kena ambil masa sikit la nak  bagi hilang kan.. 


Mama recommended sangat bagi sesiapa yang ada masalah liang pori besar dan boleh mengunakan Deep Impact | Deep Pores Cleaning & Massage Emulsion. Memang korang akan rasa kelainannya tau. Lepas ni mama nak kena gigih polish parut jerawat yang ada ni. Itu pasal la mama selalu bermekap jer. Hahah. Sebotol b.liv Deep Impact ini mengandungi 50 ml dan harga hanya RM65.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.bliv.com

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Bestla bliv ni. Muka pun tengah problem dengan pori nanti nak cuba la yang ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Muka akak tgh naik jerawat kat dahi dan hidung. adess, hormon remaja tak setel lagi kuar nampak gayanya hahaha. remaja purbakale

    ReplyDelete
  3. nak cuba jugaklah, kulit muka saya pun bermasalah

    ReplyDelete

Like us on Facebook