New release

Betadine® Daily Feminine Wash | Jom Menukar PINK Oktober Ini

2:30 PM

Bagi kebanyakan kita, bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia, kanser payudara merupakan satu topik yang tidak dibincangkan secara terbuka. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 2011. Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat. Sejak pengenalan bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, topik kanser ini bukan lagi suatu topik yang dielakkan daripada perbincangan.


Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara. 

Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin. 


Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat dalam persekitaran mikro kawasan intim, dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.


Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi. 

Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.


Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti: 
  • Immortelle | bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit 
  • Prebiotik | peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat.
  • Deoplex | ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 
  • Syricalm | bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan. 

Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.


REVIEW Betadine Daily Feminine Wash 

Mama dah guna Betadine Daily Feminine Wash ni memang best dan tak perlu guna air sebab kita pump jer terus keluar buih macam foam gitu. Bau Betadine ni wangi rasa segar dan sejuk jer selepas guna feminine wash ni. Yang pasti foam dia tak melekit dan foam yang sangat lembut. Ada 2 size botol Betadine yang mudah untuk dibawa dan diletakkan dalam handbag serta boleh digunakan untuk kesegaran sepanjang hari. 


Sertai Betadine® untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Dari 1 Oktober hingga 22 November, setiap pembelian dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/.

Love,
 
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook