Event Review

Chicken Fiesta A&W | Promosi Golden Aroma Chicken & Spicy Aroma Chicken

9:00 AM

Apa yang korang terfikir kalau sebut sahaja mengenai A&W? Yer terus terfikir air RB Float dan juga Beef Coney bukan. Termasuklah mama asal nampak jer A&W terus teringat air RB Float yang ada ais krim vanilla tu. Perghh sedap sungguh boleh  hilang terus rasa dahaga ni tau. Untuk pengetahuan semua, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sehingga kini seperti RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasa sejak ia diperkenalkan.



Pada hujung bulan lepas, mama dapat jemputan untuk menghadiri satu Majlis Product Preview Chicken Fiesta di A&W Batu Road Kuala Lumpur. A&W (Malaysia) Sdn Bhd merupakan restoran perkhidmatan segera atau quick-service restaurant (QSR) yang pertama di buka di Malaysia. Manakala restoran A&W di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman telah dibuka pada 31 Oktober 1963 dan ia merupakan Restoran QSR pertama di negara kita. 



Salah satu produk A&W yang terkenal di kalangan penggemar ayam goreng ialah Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken. Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya tersendiri yang berbeza dari ayam goreng lain. Ayam A&W ini dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak dengan kesempurnaan emas. Ayam A&W sangat lazat, lembut adalah ciri utama keunikannya. Manakala ayam pedas pula benar-benar pedas, kepelbagaian yang membezakan dari jenama lain.  


Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Chicken Poppers

Selain dari ayam turut terdapat menu terbaru iaitu Chicken Poppers. Chicken poppers ini merupakan chicken pop corn dan dihidang dengan sos istimewa blackpepper. Bagi anak-anak kecil pasti suka dengan Chicken Poppers ini. Harganya pula hanya RM5.30 sahaja. 

Bermula dari 7 November 2017, buat julung kalinya A&W akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam bermula pada harga RM15.45 sahaja.




Antara dedua ayam A&W ni mama paling suka Spicy Aroma Chicken memang terbaik la pedas dia rasa crunchy dari luar tapi lembut dalam. Isi ayam dia pulak juicy dan yang paling mama suka tak berminyak tau. Ehh suka lah  ayam A&W ni memang boleh masuk list makanan kegemaran tau. Bagi yang ingin membeli ayam secara ala carte juga turut jual di sini.

2 ketul Ayam RM10.25
6 ketul Ayam RM29.00
9 ketul Ayam RM45.00

Ononooom sedap sungguh Spicy Aroma Chicken ni. Korang patut cuba ok!!

Jangan lupa kalau dah datang A&W ni silalah minum RB Float yang sememangnya terkenal dari dulu lagi. Dah minum pasti teringat-ingat tau air RB Float bersama ais krim vanila yang sangat sedap ni.


Bagi yang suka pengumpul mug inilah masanya berpeluang membeli RB Mug ini di Restoran A&W. Buat pertama kalinya, A&W Malaysia menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W. Para pelanggan boleh dapatkan mug yang bersaiz 20 oz yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat dengan harga RM49.90 sahaja. Cepat dapatkan A&W Limited Edition Mug 2017 ini di semua cawangan A&W sementara stok masih ada.


Alaa tomei-tomei la Rooty Bear ni.. Suka anak-anak dapat peluk Rooty Bear yang comel ni..

Terima kasih A&W kerana sudi menjemput mama sekeluarga untuk Majlis Product Preview Chicken Fiesta ini. Bagi yang ingin mencuba dan merasa Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken boleh datang ke cawangan A&W yang berhampiran. Anda pasti merasai kelainannya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook