Advertorial
SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Di Sekolah Dengan Lebih Mudah
9:00 AM
Sekarang zaman serba pantas dengan hanya menggunakan hujung jari anda sahaja. Malah untuk semak keputusan anak-anak pada zaman sekarang hanya memerlukan Internet dengan menggunakan SAPS Ibu Bapa. Korang tahu tak apa itu SAPS Ibu Bapa? Hahh korang kena tahu benda ni sebab sekarang tak perlu lagi buku rekod dah tau.
Sistem KPM Online ini bukan hanya untuk rujukan guru-guru tapi ia juga khas untuk para Ibu Bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang merupakan satu sistem online oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.
Sistem KPM Online ini bukan hanya untuk rujukan guru-guru tapi ia juga khas untuk para Ibu Bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang merupakan satu sistem online oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.
Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa boleh sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dengan mudah hanya menerusi hujung jari sahaja. Dengan cara ini, kita tidak perlu risau samada anak kita memahami atau tidak mereka belajar di sekolah. Tambah sekarang zaman internet yang sangat cepat dan pantas untuk mengetahui maklumat termasuklah keputusan ujian anak-anak. Walau tiada komputer di rumah pasti setiap ibu bapa mempunyai sebiji smartphone. Oleh itu, jangan mencari alasan untuk tidak tahu semua ini.
Mama tahu ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui cara atau dalam erti kata lain belum tahu cara menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul tak? Kemungkinan di rumah tiada komputer dengan Internet tapi jangan khuatir mama yakin semua ibu bapa ada smartphone yang berinternet untuk memudahkan kegunaan sekarang. Di sini mama sertakan cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui SAPS Ibu Bapa. Bagi memeriksan keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini ------> SAPS Ibu Bapa
Untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, korang digallakkan menyemak melalui laman web ini kerana korang tidak akan terjadi masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. Oleh itu, klik sahaja link dan korang hanya ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Dengan sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan anak korang. Lepas ini anak-anak tidak boleh menipu keputusan ujian / peperiksaan mereka kelak.
Sebagai ibu bapa haruslah rajin menyemak keputusan anak-anak anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Dengan cara ini ibu bapa akan menjadi prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka di sekolah. Oleh itu, dengan kelebihan teknologi ini merupakan satu batu loncatan kepada kita ibu bapa untuk mendidik anak-anak lebih jadi orang yang berjaya kelak. Selain itu, mama yakin tidak akan berlaku lagi seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik.
Dengan harapan semua ibu bapa boleh kongsikan artikel ini agar ia sangat bermanfaat untuk semua orang ramai bagi mengetahui SAPS Ibu Bapa 2017 ini agar ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka hanya dengan melalui secara online.
Jadi sistem SAPS ini sangat manfaat kepada semua ibu bapa agar dapat membantu orang ramai mengetahui mengenai sistem ini. Semoga perkhidmatan semakan online ini dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing agar mereka terus cemerlang dalam peperiksaan kelak.
0 Comments