Review

Iron Philips PerfectCare Compact | Wishlist Terlaksana Hasil Duit Blogging

9:34 AM

Ini antara wishlist mama yang terlaksana. Hehehe.. 2 tahun lepas mama pernah nak beli dah. Siap barang dah sampai tau tapi tetiba mama diberhentikan keja so terus zass fikir macam mana nak bayar iron tu.. mama terpaksa tolak sebab duit pampasan yang dapat tu mama nak kena bayar duit bulanan kereta. huhuhuhu takder rezeki orang cakap. So mama pendamkan. menangis tepi bucu katil.. hahaha

Tahun lepas dengan hasil duit blogging mama dapat beli sofa scandinavian dari Ezbuy. Hehehehe gigih kau simpan duit nak beli sofa baru. Alhamdulillah ada la nampak benda dengan hasil duit dari blogging. Kang ada duit asyik beli makanan jadi yayik jer.. hahaha.. Kalau nak tengok boleh baca kat sini Beli Sofa Scandinavian Dari Ezbuy


Untuk tahun ni ada juga mama tersasar beli contohnya Young Living. Yes agak mahal benda tu tapi takper lah pejamkan mata beli untuk kesihatan anak-anak. Hehehe.. Kalau mintak en papa memang takder dapat punya siap kena bebel lagi adalah.. hohoho so nak beli apa-apa mama kena guna duit sendiri.. No hal mama pun ada income sikit dari blogging ni. Tapi kan iron Philips ni memang berkenan giler lah.. hahaha bukan mama ajer malah semua mak-mak berkenan kot!! Macam mama tahun hadapan baju sekolah anak-anak bertambah lagi lah mama nak kena cari iron yang super pantas gitu. 

Sebelum mama beli banyak mama survey dekat website untuk beli Iron Philips ni. Memula nak beli direct dari UK.. tapi kannn lama nau bulan December baru dapat. hahaha mama kan jenis tak penyabar kekdahnya. mana boleh tunggu lama-lama.. ehhh beli sofa dekat sebulan boleh pulak tunggu kann.. wakakak.. So mama cari kat Lazada dan 11 Street. Dan finally mama jumpa yang agak murah di 11 Street. terus mama sambar beli.. Hahahah.. 


Tadaaa cantik tak gadget terbaru mama ni.. giler tak cantik kan harga pun dah cantik sangat.. nangis masa nak bayar sampai ketar-ketar tangan nak transfer duit... hohohoho.. Yang ni jer mama termampu kalau yang mahal-mahal memang tak nak la sayang duit wehh.. Lepas ni jenuh menabung balik tauuu.. Mana lah tahu lepas ni ada wishlist yang lain pulak berjaya mama beli.. En papa macam biasa dia hanya gelengkan kepala melayan bini dia yang suka beli barang.. ehhh papa tengok ajer hahhh mama guna duit mama ok.. wakakak.. 

Mama pilih Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron warna pink ker purple ehh.. tetiba boleh buta kaler kejap. huhuhuhu.. Design ni adalah design terbaru 2017 sebab water tank dia kecik dari iron Philips yang lain. Hehehe.. alaaa tak payah la besar-besar bukan nak bukak kedai dobi pun kan. Dah jom tengok specification iron ni.. 

Specification Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron GC7808
  • Tidak menghanguskan pakaian
  • Tidak perlu menetapkan suhu
  • Pressure max 5.3 bar pump
  • Steam boost up to 280 g
  • Water tank capacity 1500 ml
  • Kunci keselamatan
  • Berat Iron 1.2 kg
  • Descaling and cleaning Smart Calc Clean
Ini bekas untuk de calc atau dalam bahasa melayu nya nyahkerak.. hahaha 

Sampai jer kemarin terus mama testing 123 tau. hahaha tak menyempat. Heyy kena check kan beli online ni risau jadi apa-apa kan. So Alhamdulillah best guna.. Cuma memula mama is blur kejap macam mana nak guna. nasib kawan mama ajar tau.. kalo tak terkial-kial jugak guna. Orang tanya best tak.. Giler tak best mudah jer iron dan pantas!! iron pun tak payah tekan kuat-kuat dah huhuhuhu.. 

Tak perlu menetapkan suhu.. ko iron jer dekat jeans ke satin ker semua boleh!!!

Ada button ECO, ON OFF, TURBO & CALC CLEAN

Tempat refill air dan juga safety carry lock. 

Tadaaa.. alaa iron board jer bukan dari Philips huhuhu ini iron board IKEA jer hahh.. pun dah besar.. kalau iron board Philips tu lagi besar dan harga dia boleh beli seketul lagi iron ni.. baik tak payah 

REVIEW MAMA

So far memang best guna iron ni memang mudah hilang keredut kat baju sekolah anak-anak. Menjimatkan masa sangat!! Hehehe.. Cewei sekejap asyik nak iron baju jer.. puihh jangan hangat-hangat taik ayam sudah... Wakakak.. Design pun comel takder besar senang nak angkat simpan. Yang paling best tak terbakar baju ok sebab tak perlu nak setting apa-apa. Cuma setiap kali iron kena press kat pemegang ada button untuk steam iron tu. Kalau tak pegang kat situ takder keluar steam dia. Kalau design lain mama tak sure la macam mana. 

Mama beli di 11 Street dengan harga RM649.00. Kalau retail price harga dia RM1199.00 huhuhu namatey tengok harga dia. Kalau kat Seng Heng pun RM799.00. So korang pandai-pandai survey harga ya. Cuma agak terkilan sikit dengan penghantaran dari seller sebab ambil masa hampir 18 hari. Huhuhu.. Overall mama puas hati dengan pelaburan yang agak mahal untuk iron idaman hati ni. Yeaaa.. Mama tahu en papa pun setuju punya lah dengan pilihan iron ni.. cuma dia diamkan jer..  laki biasalah kannn.. kekekek.. itu pun mama perasan dia belek iron tu kat dalam bilik.. elehhh ingat mama tak tahu..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook