contest

Cabaran Memasak Menggunakan Produk New Zealand Sempena AEON Taste New Zealand Food Fair

9:00 AM

Pada Sabtu baru-baru ni, mama ada dapat satu invitation event iaitu Taste New Zealand. Sebelum datang event ni anak-anak mama letak dekat mama tok di Cheras, manakala Qeisya pulak en papa jaga dia untuk beberapa jam. Mama ingatkan event ni mama hanya datang untuk cover event sahaja tapi dah sampai di Berjaya University College, Times Square katanya kena masuk pertandingan memasak. Hahaha agak terkejut jugak memula tu. Fikir balik ok bukan selalu kan kiranya macam pengalaman baru tetiba terjoin pertandingan memasak ni. 


Gambar atas ni lah antara menu untuk kami memasak nanti. Perghhh kena masak daging dan mussel. Terus ehh apa mama nak masak ni tetiba yang dah biasa masak di dapur tapi bila suruh masak depan chef yang hebat terus mama jadi blur dan ketar. Hahaha.. Tapi jangan risau sebelum mula masak menu diatas ni kami akan diberi tunjuk ajar oleh Executive Chef Krishnan. Untuk pengetahuan korang semua, kesemua bahan-bahan utama yang chef masak ini adalah dari New Zealand. 


So kami wajib memasak 2 jenis resepi iaitu Baked Mussel Cheese dan Steak atau Sauted Beef. Chef Krishnan sangat sporting tau siap dia beri tunjuk ajar dan tips dalam masakan. Hahh jangan tak tahu yang benda simple seperti potong bawang pun ada cara tau. Siap kena 45 degree la 25 degree la. hehehe terus ehhh wajib yer.. padahal kita potong bawang suka hati jer macam mana rupa kan.



Selepas chef beri tunjuk ajar macam mana nak masak steak, mussel dan beef so kami diberi masa dalam 30 minit untuk memasak dan siapkan juadah tersebut. Untuk pertandingan ini, satu kumpulan mesti ada 2 orang so mama satu kumpulan dengan Fadzi Razak. Selalu mama tengok Aneeq jer masak sambil cekak pinggang tapi kali ni mak dia masak pulak. Kompom hebat ni. 

Menu yang kami masak adalah Baked Cheese Mussel dan Sauted Beef. Yang kelakar masa chef ajar tu ohh ok semua dah masuk kepala. Sekali sampai jer nak masak, mama tanya Fadzi, Fadzi tanya mama. Dah pakat blur memasing. Hahahah.. last-last we olls masak campak-campak macam dekat rumah. Asal chef lalu jer kami masak slow motion, lepas jer chef pergi nahhhh zup zap zup zap nak cepat. Adehh gementar seluruh badan tau. Yer lah chef hebat tengok kami mak-mak masak kan. Malu kalau salah step.. 

Sauted Beef

Baked Cheese Mussel

Jangan tanya mana gambar step ker, tengah masak ker memang tak sempat nak selfie bagai dah. Dalam masa 30 minit memang rasa kejap giler. Hehehe.. Tetiba jer chef announced masa hanya tinggal 10 minit. Hahhh gelabah la masing-masing nak siapkan masakan sebelum masa tamat. 



Kemudian 3 orang chef dari Berjaya University College datang dan akan rasa serta mengadili masakan dari kumpulan kami. Huhuhuhu.. Memang berdebar juga masa chef rasa tu sebab we olls masak tak sempat rasa. adehh terlupa nak rasa ker, takut nak rasa ker apa tak pasti. Memang mama dan Fadzi masak macam chef ajar jer. 


Komen dari ketiga-tiga chef puas hati dengan masakan kami. Cuma untuk Sauted Beef tu termasin sikit. Overall memang dah okay. Lega tau. Paling best lepas habis semua chef rasa semua masakan kami semua pakat rasa masakan dari kumpulan lain. 


Tahniah kepada Kak Suria Amanda dengan Henry sebab menang pertandingan pada petang tersebut. Walau kami tak menang tapi mama sedikit sebanyak dapat belajar memasak dengan cara yang betul dan juga banyak tips masakan yang mama dapat dari chef Krishnan.


Mesti ada yang tertanya-tanya apa Taste New Zealand ini kan. Sebenarnya banyak produk keluaran New Zealand telah masuk ke Malaysia ni tau dan kesemua produk ini sangat berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan semua, Taste New Zealand ini adalah satu Festival Makanan di mana pelbagai produk keluaran New Zealand telah diperkenalkan di Malaysia. Festival ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE).

Dari 30 November 2017 hingga 10 December 2017, festival food fair ini akan diadakan di 7 cawangan AEON seluruh Malaysia. Bagi yang berminat untuk melihat sendiri atau ingin membeli produk makanan keluaran New Zealand ini boleh terus datang ke AEON.

SHOP & WIN CONTEST DAN SNAP & WIN CONTEST

Sempena AEON Taste New Zealand Food Fair yang akan diadakan nanti, bagi yang kaki contest apa kata jom join contest yang sangat mudah dan boleh memenangi hadiah yang menarik melalui 2 contest ini.


Shop & Win Contest
Dengan hanya pembelian minimum RM80.00 dari barangan New Zealand dalam satu resit (termasuk GST), korang layak tebus shopping bag dan berpeluang menyertai lucky draw serta menang voucher membeli-belah 1 x AEON Voucher bernilai RM1000 dan 10 x AEON Voucher bernilai RM200.


Snap & Win Contest
Untuk Snap & Win Contest pula, korang hanya perlu :
  1. Ambil gambar paling kreatif di AEON Taste New Zealand Food Fair Photobooth
  2. Muat naik gambar tersebut ke Facebook berserta caption yang menarik
  3. Check in lokasi di Facebook dan letak hashtag #TasteNZMY
  4. Pastikan post entri tersebut dalam mode "Public"
Bagi contest ini, korang akan berpeluang memenangi hadiah AEON Cash Voucher bernilai RM100 untuk 10 pemenang. Untuk menang contest ini korang hanya perlu dapatkan likes yang banyak dengan caption yang menarik. Pemenang akan diumumkan pada 15 December 2017 dengan melalui Facebook Messenger.




Apa tunggu lagi mama dah guna produk keluaran New Zealand masa cabaran memasak tempoh hari di Berjaya University College, Kuala Lumpur. Bagi yang ingin dapatkan dan juga membeli produk ini boleh datang ke 7 cawangan AEON seluruh Malaysia sempena Taste New Zealand Food Fair dari 30 November 2017 hingga 10 December 2017.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook