Advertorial

Kepentingan Influencer Malaysia Memasarkan Perkhidmatan Pada Masa Kini.

9:21 AM

Dalam dunia yang serba moden pada zaman sekarang ini, pemasaran untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan telah menjadi trend terkini. Kalau cara dahulu hanya melalui siaran akhbar, di majalah atau di televisyen tapi dengan hanya media social lebih mudah dan cepat memasarkan satu produk sehingga dikenali ramai. Ini kerana pemasaran melalui influencer berjaya dan meletup dengan menggandakan dunia perniagaan dalam sebuah syarikat. 


Semenjak mama mula blogging mama dapat banyak collaboration dengan syarikat-syarikat yang baru menapak dan juga syarikat yang besar. Secara ringkasnya, para peniaga kini yakin dengan cara pemasaran influencer yang sangat berpengaruh dengan menggunakan media social melalui blogging, vlogging, instagram, Facebook dan juga Twitter. Dengan kaedah yang diambil oleh setiap influencer ini lebih mudah diperkenalkan kepada masyarakat dengan cara lebih berpengaruh dan juga kreatif. 

Penggunaan iklan traditional sudah menjadi ketinggalan zaman dan para peniaga kurang melakukan cara sebegini lagi. Dengan adanya pengiklanan seperti media cetak, elektronik dan social media, pemasaran influencer telah terbukti berkesan sebagai alat pemasaran yang sangat pantas dan popular serta mudah digunakan. Selain itu, pemasaran yang berpengaruh dan popular juga boleh menentukan kuasa viral di media social. 


Sebagai contoh, mama dapat satu collaboration dari satu client dan mereka akan sponsored satu product untuk mama reviewkan. Kemudian mama akan kongsikan review produk tersebut di media social seperti Instagram dan juga Facebook. Selepas itu barulah review berkenaan akan dimasukkan ke dalam blog dan kongsikan ke media social. Hasil carian produk tersebut di halaman Google akan sedikit sebanyak membantu pembeli mudah mencari barang yang mereka inginkan. 

Mama juga terima satu collaboration dengan pihak SushiVid untuk memasarkan produk dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia. SushiVid merupakan satu laman web yang menyediakan peluang kerja dimana SushiVid adalah antara orang tengah untuk mencari influencer yang mampu memasarkan produk dari client yang mahukan. Dengan adanya SushiVid ini memudahkan client mencari kriteria influencer memasarkan produk mereka dengan mudah. 



Oleh itu, mama yakin sebagai influencer yang bijak dan kreatif mampu menjadi pemasaran yang bebas dengan hanya melalui hujung jari sahaja. Jadi kepada jenama yang ingin mempromosi produk mereka bolehlah bekerjasama dengan influencer Malaysia kerana mereka sangat berpengaruh malah untuk membina kepercayaan dan kredibilitasi dalam pendekatan mudah bagi sesuatu review. Secara keseluruhan, kaedah pemasaran dari influencer ini bukan sahaja berpeluang untuk memasarkan produk malah mereka juga akan menyampaikan mesej kempen kepada semua orang.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook