Product Review

[REVIEW] Botanic Health Phyto Citrus Blend & Relief Essential Oil Dari Lynnity

9:00 AM

Bagaimana korang menambah tenaga, menyokong kesihatan tulang dan sendi, kesihatan kardiovaskular serta membantu mengawal kolesterol dalam satu masa? Ok sebelum ni memang mama setiap hari akan mengamalkan minum susu untuk menjaga tulang yang sihat tapi ada satu produk boleh mengawal segala macam penyakit tau. Tambah pula produk yang mama cuba ini adalah dari makanan organik dari ladang. Produk yang mama maksudkan adalah dari Lynnity iaitu Botanic Health Phyto Citrus Blend dan Relief Essential Oil


Lynnity merupakan makanan yang diperolehi daripada herba tradisional Cina dengan menggunakan teknologi moden. Dengan lebih daripada 100 tahun resepi tradisional, orang ramai boleh mengamalkan khazanah herba Cina yang digabungkan dengan rasa moden. Lynnity mendorong sempadan inovasi dengan komitmen tanpa kompromi untuk keaslian, rasa yang luar biasa dan ramuan phyto-nutrien yang unik. 


Botanic Health Phyto Citrus Blend mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi serta membantu untuk mencegah esteoporosis. 

Kandungan yang terdapat dalam Botanic Health Phyto Citrus Blend :-
  • Delima
  • Manggis
  • Alga
  • Orthosiphon Misai Kuching
  • Lithothamnion Rumpai Laut
  • Halia Hitam
  • Askorbik Asidik
  • Bran Oat
  • Benih Chia
  • I-Arginine
  • Taurina

Produk Botanic Health Phyto Citrus Blend mengandungi 15 sachet berbentuk sebuk dan sangat mudah untuk dibancuh. Sediakan air suam 200 ml dan bancuh seperti biasa atau boleh juga shake dalam botol shaker. Tekstur Botanic agak pekat, rasanya memang tak berapa nak sedap tapi kalau rasa tu macam soya tawar gitu. Memula mama pun tak boleh masuk tekak juga sampai mama kena tutup hidung lah hahaha. Lama-lama ok jer lepas minum Botanic Health ni tak percaya korang minum lah. 


Selain itu, Botanic Health ini bukan sekadar makanan tambahan yang membantu meringankan sakit atau menambah kalsium. Ia juga membantu meningkatkan tulang kepadatan dan memelihara kesihatan tulang, menjaga tulang dan sendi, memperbaiki tulang rawan serta membantu menambah kolagen. Untuk produk Botanic Health ini disahkan HALAL dan telah dikilangkan di kilang yang telah mendapat taraf GMP. 


Relief Essential Oil adalah gabungan minyak yang penting untuk setiap seisi rumah. Ia sangat baik untuk membantu menenangkan ketidakselesaan dan boleh digunakan dimana sahaja. Relief Essential Oil ini berbentuk Roll-on adalah campuran minyak pati segar untuk digunakan sebagai bau yang menyegarkan, memberikan tenaga dan melegakan pada bahagian dahi, leher dan lengan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Kandungan Relief Essential Oil :-
  • Minyak Peppermint
  • Minyak Jarum Abies Balsamea
  • Minyak Cengkih
  • Minyak Kelapa
  • Bunga Lavender
  • Cendana Hawai
  • SunFlower
  • Daun Eucalyptus
  • Cedarwood
  • Ylang Ylang Flower
  • Geranium 

Penggunaannya sangat mudah hanya sapukan ke bahagian nadi di pergelangan tangan, kaki dan juga belakang telinga. Bau yang sangat wangi Lavender serta sedikit berangin dan rasa segar selepas digunakan. Relief Essential Oil ini boleh juga digunakan untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak dan bayi. Setiap orang yang menggunakan minyak ini akan merasai kebaikkan dari Relief Essential Oil.
  • Untuk lelaki : Sangat sesuai untuk kegunaan ketika di gym, berjam-jam di hadapan komputer atau rutin harian yang sibuk. Ia memberikan rasa yang menyegarkan, menyejukkan dengan aroma yang cukup wangi malah memberi tenaga untuk mereka lebih aktif. Boleh juga digunakan menggosok pada bahagian jari, pergelangan tangan, bahu dan leher.
  • Untuk wanita : Sangat sesuai untuk memberikan ketenangan semasa kitaran haid wanita. Dengan hanya sapu minyak pada bahagian perut dan akan merasai aroma panas dan sejuk dapat membantu menenangkan emosi wanita. 
  • Untuk Kanak-kanak & bayi : Sangat sesuai untuk bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema atau batuk. Dapat menenangkan serta memberi pernafasan yang mudah apabila disapu pada bahagian dada. Selain itu, boleh sapu pada dada, belakang badan atau tapak kaki pada waktu malam untuk menenangkn deria serta membuatkan anak-anak tidur dengan nyenyak.

So far mama suka dedua produk dari Lynnity ni memang bagus untuk menjaga kesihatan kita. Yang paling mama suka essential oil dia best sangat sebab mama memang menggunakan essential oil untuk kegunaan harian. Bagi yang berminat untuk membeli dan mencuba produk dari Lynnity ini boleh terus dapatkan secara online. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.lynnity.com

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook